Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Infak Ramadhan


Untuk TIKET MASUK,SEBARANG SUMBANGAN,.dan KETERANGAN LANJUT..hubungi 0174680125 ,shahrizal

Tuesday, May 24, 2011

Gula2 Rembau

Apakah projek Landasan Pesawat Kecil di Rembau ini sekadar omongan kosong, gula-gula kempen politik? Apakah begitu rendah sekali pemikiran orang Rembau diperlaku semacam angan-angan Mat Jenin. Apa sudah jadi dengan projek Hospital Rembau yang sejak tahun 2008 lagi, yang masih ada hanya Batu Asas.

Ya, bukan main hebat Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Rembau pada tahun 2008, bukan main banyak khemah dipasang, tapi dah lebih 3 tahun, tinggal batu asas saja seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”

“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan,” kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

“Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang,” jelas beliau.

Tuesday, February 8, 2011

Makan Malam PAS Kawasan Rembau (kutipan dana pilihanraya)


  Setiap perjuangan memerlukan belanja yang besar,sama ada dari segi masa,tenaga dan wang ringgit..maka pada kali ini..saya mahu mengajak para sahabat sekalian,menginfakkan sebahagian dari wang anda untuk meneruskan perjuangan yang suci ini..

  Kini dah tiba masa untuk kita mengotakan apa yang kita selalu cakap...kadang2 ada yang nyyanyi macam wali band..."aku sayang Allah,aku rindu Allah..aku cinta Allah...Kini...Saya yakin tuan2, puan2 sekalian.. mahu mengotakan apa yang anda selalu cakap...mudah2an Allah terima amalan kita,,

  Maka saya dengan lafaz....

Bismillahirrahmanirrahim..para dermawan sekalian,..dapatkan segera kupon ini...semoga Allah merahmati para dermawan sekalian..Jazakallah khairal jaza..

Sebarang pertanyaan, hubungi emel : jaibokam@yahoo.com atau tel : 017-4680125

Jika tuan/puan nak beli melalui bank in pun blh,bank in kat,

Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7


Lepas tu scan slip dan emel ke, ( jaibokam@yahoo.com ) beserta nama dan no telefon.Kemudian,tunjuk slip masa hari majlis tu, ambil tiket kat pintu masuk majlis tu nanti..tolong hebahkan pada sahabat2 yang lain.

Monday, February 7, 2011

tukar tiub yang power

 Ni la hishamudin rais yang punya power....lagi gempak dia ni ....hahahaha......bangga...bangganya...ni la baru anak negeri sembilan....Tabik la bang..klik ni haa..... lawak jenaka ,.hahahahaha...dan ni untuk anak muda berani dan gagah sahaja

Sunday, February 6, 2011

penulis karismatik

   Saya telah membaca tulisan-tulisan beliau,dan apa yang saya dapati,beliau ada sesuatu yang agak unik berbanding lain2 penulis.Kak Cik nama pena mayanya.Beliau ini pada pandangan saya mempunyai sensitiviti yang agak tinggi.Sebagai contoh,kegigihannya memaparkan pandangan2 yang dwimaklumat.
   Saya tidaklah mahu memuji beliau  secara berlebihan.Tetapi saya mencadangkan anda,sahabat2ku membaca artikel2 dan post2 beliau.Dibawah ini saya link kan contoh post beliau yang saya suka baca


http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/02/komen-habiburrahman-el-shirazy-tentang.html