Sunday, January 30, 2011

ilham yang baik

  • kalau la semua masjid macam ni kan bagus...
  • setidaknya orang ramai akan makin dekat ngan masjid..
  • yang bukan islam pun akan lebih dekat ngan masjid..
  • kemudahan akan lebih mudah disalurkan..kurangkan sesak di hospital..
  • dakwah pun boleh disampaikan pada yang sakit atau yang tak sakit..

Saturday, January 29, 2011

hidupnya dalam amal

Hidupnya indah,melalui hari-hari yang mendatang tanpa keluh kesah..dia insan biasa,,namun punya kehidupan yang luar biasa..luar biasanya kerana amal,luar biasanya kerana ikhlas,luar biasanya sudah barang tentu kerana Allah yang menjadikan dia luar biasa.Dia seorang yang punya hati yang sensitif kerana menjaga yang masuk ke lidahnya,,,luarbiasa juga dia kerana kita tidak sering memerhatikan dia...namun dia tidak pula mengintai-ngintai peluang agar jadi perhatian.

Dia bukan jutawan,dia bukan hartawan..tidak banyak yang dia mampu sumbangkan..namun dia digelar dermawan..kehidupannya sederhana,,bebas umpama burung yang paginya keluar dengan kicauan tasbih..tanpa ada kenderaan mewah,tanpa ada pejabat yang megah..namun pulang meraih hasil memenuhi saku rezkinya...cukup untuk dia,cukup untuk keluarganya..

Dia punya falsafah hidup yang mudah,hidup dan mati kerana Allah...dia bukan sekadar bicara..lagaknya tak seperti wira yang gagah..namun,dia adalah juara di medan amal.Amalnay tak miinta pujian,amalnya mudah-mudahan ikhlas kerana Allah..sama-sama kita mendoakan.
Posted by Picasa

Saturday, January 15, 2011

Tuesday, January 11, 2011

wan dah fedup!!!

  • Wan ni tinggal kat kampung Cembong Halt negeri sembilan
  • Wan ni pengundi Umno setia
  • Tapi rumah wan ni nak dirobohkan
  • Wan ni sangat kecewa dengan pemimpin yang tindas wan
  • Ahli parlimen wan nama Khairi Jamaludin

Saturday, January 8, 2011

DIA SEORANG YB

  • Allah tujuan kami
  • Rasulullah teladan kami
  • Al-Quran perlembagaan kami
  • Jihad jalan hidup kami
  • Mati syahid cita-cita tertinggi kami
  • Tiada hina bagi yang berbakti
  • Tiada malu bagi yang berbudi

KEMANA ARAHNYA?

      Adalah pada suatu hari,aku bersilaturrahim ke rumah seorang kawan perempuan..seingat aku kira2 dua tahun lepas,kawan ni adalah kawan lama aku yang agak lama aku tak jumpa.Kami pun bercerita,bersembang layaknya orang yang sudah lama sekali tak berjumpa..
      Kemudiannya setelah panjang pembicaraan kami, aku mula merisik2 tentang apakah pandangannya tentang politik semasa hari ini.Lalu dia tersenyum seraya berkata,''aku malas la nak ambik tau pasal politik ni..keja aku pun banyak tak selesai lagi,lagipun sekarang ni kita aman apa..suma ok je'',..lanjutnya lagi.aku mula merasa kesedihan kerana komennya tadi,,tapi takpa..aku akan pancing lagi,getus hatiku.
      ''Apa pandangan kau tentang parti2 yang ada sekarang?kataku mahu tau.Dia tersenyum lagi,lalu katanya,.''kalau umNo tu ok kot..kan sekarang bn yang perintah Malaysia,.apa2 suma ok,,makan minum pun ok..tapi,,,entah la..hehehe'',,,katanya dengan penuh ketakpastian..
''Kalau DAP mcm mana?''..ujarku mahu tau lagi..''kalau DAP kan benci orang Islam?ke mcm mana?''..katanya lagi,sekali lagi dengan ketakpastiannya yang masih macam tadi..''yang lain macam mana?''
kataku lagi memancing bicara.''hehehe,,,kalau PKR aku tak paham mana diorang ni'',,,sekali lagi dia menunjukkan betapa dia seorang yang tak pasti...''PAS macam mana lak?''...aku terus mahu tau..seraya berdesit dalam hati mudah-mudahan dia tau perjuangan PAS..
   Namun yang ini paling aku sedih sekali...''aku bukan tak suka PAS ni..tapi PAS ni,tu tak boleh,ni tak boleh..banyak sangat yang tak boleh'',,katanya lagi.''apa yang kau faham,pasal PAS?''sampuk ku...lalu jawapannya cukup mengguris hatiku,..''PAS ni Islam bona(sangat) la'',.katanya dengan memek muka melekehkan..lalu aku terkedu dan hampir menangis dengan tutur katanya itu...

 Apakah agamanya?..ISLAM....bangsanya?...MELAYU...

                  ini adalah satu contoh yang 
              menunjukkan lemahnya pemahaman pada
              agama yang dianutinya
              banyak lagi..contohnya akan kita
              lihat satu persatu..
              sapa yang terajui pimpinan negara,,,
              KEMANA ARAHNYA?
              JAWAB NANTI DIHADAPAN ALLAH
              

Friday, January 7, 2011

Allah Menerima Taubat Setiap Masa

                  
                                                        HADIS RIWAYAT MUSLIM

Dengan maksud; Daripada Abu Musa al-Asy'ari.,Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla `menghulurkan tangan-Nya' (bersedia menerima taubat) pada waktu malam agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu siang bertaubat; dan Allah 'menghulurkan tangan-Nya' (bersedia menerima taubat) pada waktu siang agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam bertaubat; sehinggalah matahari terbit dari barat"...

 Makna yang disampaikan disini ialah,,pintu taubat sentiasa terbuka,,cuma,ramai yang mengambil sikap tidak mahu memanfaatkan kurnia Allah yang satu ini..

nota; ada yang dah tua pun tak tau nak taubat lagi,,,
           ada yang dah berpangkat menteri pun,,tapi bongkak
           hukum Allah ditentang,,,,,mana punya negara la tu..
         

Wednesday, January 5, 2011

Indahnya amal 2

......Pada tarikh 1 januari yang lalu telah menyaksikan betapa beliau menghulur bantuan untuk mambantu anak-anak yang mahu ke sekolah tetapi tidak berkemampuan..walaupun jumlah yang di hulurkan beliau untuk program tersebut tidaklah sebesar mana, namun kerelaan dan sensitiviti beliau amatlah mengharukan..

Betapa tidak,dangan pendapatan yang begitu rendah pun beliau mampu untuk menghulurkan bantuan,.ini terjadi hanya kerana adanya sifat yang baik dan simpati yang tinggi dari nurani beliau..bahkan dikisahkan lagi,.bahawa beliau telah memecahkan tabungnya, hanya kerana untuk membantu insan lain.Walau pada hakikatnya, beliau juga perlu dibantu..

`Apabila seseorang mati,terputuslah darinya semua perkara kecuali 3..ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah&anak yang soleh''

Memang perkara indah dalam amal ini adalah perkara ghaib yang cuma mampu dirasa dengan perasaan,.dengan hati dan nurani,.maka memang,. harum wangiannya hanya mampu dihidu oleh manusia yang punya deria keenam yang sihat,.yang mampu merasakan dengan perasaan,menjiwai dengan hati,dan melakukan amal dengan nurani yang melayakkan mereka dipanggil manusia ikhlas dihadapan rabb mereka..

Beliau yang mampu menyentap lamunanku itu, adalah insan biasa yang tak ada pun dip, degree, atau apa saja yang kini jadi kemegahan manusia,,namun beliau telah mengajarku ilmu yang sungguh luar biasa...IKHLAS DALAM BERAMAL...AMAL KERANA ALLAH..

Monday, January 3, 2011

Indahnya amal

assalamualaikum,,,

Menemui pembaca maya budiman.

          Sering kali kita membicarakan perihal beramal kerana Allah,dari ustaz2,kalangan profesional,mahupun golongan biasa macam diriku ini.Malahan jika nak menaikkan semangat seseorang yang ada masalah ketika mahu melakukan kebaikan dan kebajikan,sering kali perkara2 berkaitan keindahan amal ini akan jadi sebutan dan butir bicara..
          Kenapa tajuk ini menjadi pilihanku pula sekarang,,?? jom kita sama-sama hayati sedikit cerita yang benar-benar terjadi dalam perjalanan hidup seorang sahabatku.Sebenarnya putar masalah nikmat beramal ni bukan aku yang paling layak membicarakannya,,namun aku nak berkongsi pengalaman hidup orang2 yang dekat ngan aku.yang seringkali mengutamakan amal kepada Allah dalam hidup mereka.Adalah seorang sahabat ni,kerjanya dikilang ayam,,kalau ikut pengalaman aku bekerja, kilang memang la tak banyak mana pun pendapatan yang boleh diperolehi ni,,,LAIN LA KALU PENGURUS ATAU BOS....bersambung...

WARKAH BUAT TOK MAT SIRI 2

TOK MAT MESRA PENIAGA KECIL Bila berbicara tentang ini, saya teringat sekitar tahun 2006 - 2007, ketika itu Majlis Perbandaran Seremban ke...